Sunday 18 September 2011

Kuasa Belia

Kuasa dan suara belia amat besar pengaruhnya. Sejarah membuktikan bahawa dalam menuntut kemerdekaan, generasi muda terdahulu berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di dalam menuntut kemerdekaan dari penjajahan British. Suara, pendapat dan perjuangan generasi muda yang lahir daripada golongan cendiakawan mampu diterima dan didengari oleh rakyat. Ini membuktikan bahawa generasi muda
mampu menjadi pencetus kepada ideologi dan semangat baru.

Kini peranan dan tanggungjawab golongan belia masih sama. Bezanya belia terdahulu menuntut kemerdekaan manakala belia masa kini bertanggungjawab mengisi erti kemerdekaan. Walaupun terdapat pelbagai cara dalam meluahkan makna kemerdekaan,namun usaha pembentukan satu negara yang maju dan terbilang
masih menjadi matlamat yang satu.

Sejak merdeka, negara kita telah mengamalkan konsep demokrasi yang mana ianya menerima suara rakyat dalam menentukan tampuk pemerintahan negara. Berdasarkan populasi belia yang ada pada hari ini iaitu sebanyak 97 juta orang, potensi mereka adalah amat besar untuk menerajui negara. Hakikatnya,percambahan idea-idea berterusan daripada golongan belia adalah penting bagi membantu  kerajaan dalam melaksanakan dasar dan perancangan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang rasminya diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) merupakan satu badan perwakilan yang membolehkan belia menyuarakan hak, pendapat, idea, pengetahuan dan tindakan. Semasa merasmikan penubuhannya, Tun Abdul Razak Husein menyatakan bahawa MPBN merupakan sebuah ‘Parlimen Belia’. Belia bersidang untuk menentukan dan membincangkan
haknya sendiri. Ini membuktikan terdapat saluran yang boleh digunakan oleh belia untuk meluahkan pendapat mereka.

Hasil kemajuan yang dikecapi pada hari ini, membolehkan perhubungan daripada teknologi diterima oleh
semua. Penggunaan blog umpamanya, merupakan cetusan baru yang berupaya membantu golongan belia menyuarakan hak mereka. Perbincangan dan diskusi yang dilahirkan dapat digunakan sebagai sandaran dan iktibar oleh pelbagai pihak.

Hakikatnya golongan belia tidak memerlukan pengiktirafan yang tinggi. Walau bagaimanapun mereka mahukan suaranya didengari. Semoga percambahan minda yang bernas yang datang daripada generasi muda
berupaya membantu meningkatkan kemajuan negara.

Had umur pemimpin bawah 40 tahun tak lemah kewibawaan organisasi

Peralihan kuasa belia lancar

KUALA LUMPUR: Peralihan hampir 50 peratus kepemimpinan pelbagai pertubuhan dan persatuan belia, kerana faktor umur tidak akan merencat atau melemahkan kewibawaan organisasi berkenaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengunduran barisan kepemimpinan sedia ada kerana Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia menetapkan usia pemimpin pertubuhan itu tidak boleh melebihi 40 tahun, mungkin memberi kesan positif.

“Bila kita laksanakan akta ini, bererti perubahan akan berlaku kerana yang baru akan ambil alih tempat (yang lama) dan yang baru ini pula sudah dilatih lebih awal untuk mengambil alih kepemimpinan.

“Jadi ini satu penyesuaian yang akan berlaku dan tidak akan melemahkan persatuan belia, malah barangkali akan lebih secocok dengan jiwa dan cita rasa belia, kerana mereka lebih memahami hasrat golongan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas berucap merasmikan Konvensyen Pemimpin Muda Kebangsaan dan Siri Latihan Pemimpin Muda Majlis Belia Malaysia (MBM), di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Presiden MBM, Shamsul Anuar Nasarah.

Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas kesan peralihan kepemimpinan itu nanti. Ini kali pertama akta seumpamanya digubal membabitkan pertubuhan belia dan ia kini dirujuk kepada Parlimen untuk dibentang dan diluluskan.

Ketika ini, ada 11.5 juta belia berusia antara 15 hingga 39 tahun di negara ini dan 40 pertubuhan belia menganggotai MBM.

Najib berkata, beliau tidak melihat masalah ketandusan pemimpin belia, kerana ia akan melalui proses penyesuaian, sama seperti dilakukan parti politik dalam mengetengahkan pemimpin baru.

“Apabila dikenakan syarat ini (had umur), ia akan memaksa persatuan dan pertubuhan belia melihat kepada pemimpin lebih muda dan mengenal pasti bakat lebih awal untuk diketengahkan sebagai pemimpin akan datang.

“Jadi apa yang akan berlaku ialah timbul pemimpin yang akan memegang tampuk kepemimpinan belia lebih awal lagi, berbanding masa lalu.

“Mereka juga akan mempunyai lebih lama masa untuk menunjukkan kemampuan sebagai pemimpin,” katanya sambil menegaskan pemimpin lama boleh terus memberikan sumbangan kepada pembangunan belia.

Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin belia mesti mempunyai suatu idealisme dalam perjuangan mereka jika mahu muncul pemimpin berkaliber.

“Idealisme ini mesti dicari dalam persekitaran kita yang seharusnya mendorong kita membuat sesuatu yang lebih daripada orang lain.

“Biarlah kita sebagai pemimpin mempunyai sesuatu yang kita mahu perjuangkan. Kita mesti jadi orang yang inginkan jawatan dan pengaruh, kerana melaluinya kita ingin mengubah kepada keadaan yang lebih baik,” katanya sambil mengakui MBM mampu memikul peranan memperkasakan belia, termasuk melalui siri latihannya.

Najib berkata, adalah penting pemimpin muda belia diperkasakan bagi membantu Malaysia muncul negara maju menjelang 2020.

Dalam perkembangan lain, Najib mempertahankan Ekspedisi Terjun Kutub Utara Putera Umno, walaupun ada pihak mempertikaikannya.

Katanya, perkataan `tidak boleh’ tidak sepatutnya ada dalam kamus hidup belia, kerana ia tidak membantu melonjakkan pencapaian mereka.
©The New Straits Times Press (M) Berhad

Aktiviti mengoja

Ini aktiviti admin dalam dunia belia kg yang masih lagi di rasai dalam suasana kg blues ni. kehidupan yang tidak akan di rasai oleh belia bandar sekarang ini. Kdg2 kita akan mengoca sungai atau pun lubuk2 di sekitar kg. kegiatan masa lapang bagi belia blues. banyak lagi kegiatan yg akan admin paparkan..

salam blues

SALAM PERKENALAN KEPADA BLOGGER2.
DARI AKU BUDAK BLUES.


Blog aku budak blues akan memaparkan kisah kehidupan anak-anak muda kampung yang masih menyambung kesinambungan kehidupan kampung yang kian sepi, dan mengisahkan perjalanan mahupun pengalaman2 dalam suasana kampung. Dalam merempuh pelbagai dugaan mahupun kenangan yang aku budak blues rasai dan akan di layarkan dalam dunia it ini agar semua budak2 kg dapat berkongsi pengalaman.

t.k